Biapun populasi Malaysia kini mencapai 34.1 juta orang bagi suku ketiga 2024, namun pertumbuhan itu jelas menunjukkan penurunan kepada 1.6% berbanding 2.1% pada suku ketiga 2023.
Penurunan itu dilihat seiring dengan kejatuhan bilangan kelahiran yang direkodkan pada tempoh yang sama dengan 12.3%.
Jelas Jabatan Perangkaan (DOSM) jumlah itu mewakili 30.7 jua penduduk kalangan warganegara, manakala 3.4 juta penduduk lagi bukan-warganegara. Berlandaskan rekod ini, jantina lelaki telah meningkat kepada 17.9 juta, sementara wanita pula meningkat kepada 16.2 juta.
Mengikut taburan usia pula, penduduk usia muda (0-14 tahun) kekal pada jumlah 7.6 juta, diikuti penduduk bekerja (15-64 tahun) pula 23.5 juta dan penduduk tua mewakili 2.6 juta orang. Melihat pada kumpulan ini, etnik Melayu telah merekodkan jumlah penduduk tertinggi (58.1%), Cina (22.4%), India (6.5%) dan Bumiputera Lain (12.3%).
