Artikel

Premis Guna Istilah ‘No Pork, No Alcohol’ – Digalakkan Mohon Sijil Halal, Beri Jaminan Buat Pengguna

Berikutan terdapatnya usul mewajibkan pensijilan Halal ke atas restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol – pentadbiran negara kini menjelaskan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di pasaran negara adalah bersifat sukarela, sejak ia dilaksanakan pada tahun 1974.

Ini bermakna tiada paksaan dengan mewajibkan restoran dan syarikat makanan berkaitan untuk memenuhi keperluan tersebut.

Jelas Menteri Hal Ehwal Agama Dr. Mohd Naim sebagaimana yang diperkukuhkan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, dasar sedia ada ini terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan, piawaian dan kriteria pensijilan halal Malaysia.

Namun pihaknya akui susulan terdapat sebilangan premis menggunakan istilah ‘No Pork, No Alcohol‘ telah menimbulkan kekeliruan. Akan tetapi istilah sedemikian secara ammnya tidak mencerminkan premis makanan tersebut adalah halal secara menyeluruh. Ini kerana, istilah halal merujuk kepada setiap produk, premis atau barang gunaan yang menepati aspek Syariah, kesihatan, kebersihan, keselamatan dan kualiti.

Menyedari perhatian orang awam berhubung isu tersebut, JAKIM akan terus meluaskan usaha kesedaran dan mengalakkan kepada semua pihak yang berkaitan akan kepentingan, kebaikan SPHM dalam industri dan perniagaan negara.

Selain memberi jaminan menyeluruh kepada pengguna, perolehan sijil halal ini tuurt akan memberi nilai tambah kepada pemain ekonomi negara. Di mana ia lebih fleksibel dan memenuhi status kualiti penyediaan produk pada pasaran tempatan dan antarabangsa.