Artikel

Perluasan SST, Berpotensi Jana Hasil RM51.7 Bilion – Menjelang 2025 

Seperti yang umum sedia maklum, mulai 1 Mei 2025 – Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan alami perluasan ke atas beberapa sektor serta segmen perniagaan. Menerusi penambahbaikan itu, dianggarkan hasil negara boleh dijana sekitar RM51.7 bilion pada 2025 kelak.

Anggaran ini untuk makluman memperlihatkan penambahan RM5 bilion pada unjuran kutipan SST berbanding rekod semasa – sekitar RM46.7 bilion.

Peningkatan itu mengikut sasaran Kementerian Kewangan (MOF) pada sidang Parlimen meliputi RM2.2 bilion kutipan cukai jualan dan RM2.8 bilion pula kutipan cukai perkhidmatan. Adanya peningkatan perolehan hasil tersebut ia akan meningkatkan lagi manfaat tunai buat rakyat negara, di samping menambah-baik kualiti pendidikan dan kesihatan negara secara berkala.