Artikel

Saham Grab Melonjak 15% – Susulan Prestasi Kembali Untung, Pendapatan Raih $176 Juta Bagi Suku Ketiga

Grab Holdings, penyedia khidmat pengangkutan dan penghantaran Asia Tenggara kini melaporkan pendapatan suku ketiganya yang membrangsangkan – apabila kembali menguntung dengan perolehan $176 juta meningkat 17% setakat akhir September lalu. 

Pengukuhan itu sekaligus memperlihatkan operasi alami keuntungan $15 juta berbanding kerugian $99 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lalu. 

Menerusi prestasi ini, Grab meningkatkan prospek keuntungan mereka pada tahun ini sekitar $308 juta hingga $313 juta berbanding ramalan sebelumnya sekitar $270 juta. Hasil jangkaan itu secara langsung membawa kepada lonjakan saham mereka di penyenaraian Nasdaq sekitar 15%. 

Sekiranya aturan tersebut berjaya direalisasikan, Grab berupaya meraih pendapatan tahunan pada 2024 dalam lingkungan $2.76 bilion sehingga $2.78 bilion. Usaha ini tidak sekadar kesimbangan operasi dalam penawaran perkhidmatan kepada pengguna, bahkan tindakan penjimatan kos perbelanjaan Grab juga dilihat menyumbang kepada pengurusan dana yang lebih cekap.