Artikel

Seramai 1.95 Juta Pekerja Berpendidikan Tinggi Di Malaysia – Tidak Perolehi Kerjaya Setara Kemahiran

Ketika ini terdapat 1.95 juta pekerja di Malaysia yang berpendidikan tinggi, tidak miliki kerjaya setara dengan kemahiran mereka. Menurut Jabatan Perangkaan (DOSM), kumpulan ini telah alami peningkatan 0.7% setakat September lalu.

Kumpulan ini memenuhi skop pekerjaan separa mahir dan kemahiran rendah, di mana mewakili 36.8% daripada jumlah pekerja berpendidikan tinggi. Akan tetapi data di bawah laporan Tenaga Buruh ini tidak memperincikan pecahan berhubung kumpulan ini sama ada etnik, usia, jantina dan taburan mengikut negeri.

Secara menyeluruh, biarpun jumlah kumpulan ini terus meningkat – pasaran pekerjaan negara dilihat terus rancak apabila bilangan penduduk bekerja terus meningkat kepada 16.69 juta orang.

Mengikut perincian status pekerjaan, didapati jumlah berstatus pekerja kini 12.5 juta diikuti 3.08 juta orang selesa bekerja sendiri, 486,900 orang adalah pekerja keluarga tanpa gaji dan 606,100 pula terdiri kalangan majikan.