Vietnam kini memberi amaran untuk menyekat operasi dua jenama e-dagang global iaitu Shein dan Temu. Peringatan ini akan direalisasikan sekiranya kedua jenama tersebut kekal tidak mendaftarkan operasi mereka bersama Kementerian Perdagangan Vietnam, sebelum akhir November ini.
Aturan itu mengikut laporan Reuters, bagi menyeimbangkan persaingan pasaran berikutan jurang penawaran harga memberi kesan kepada peniaga tempatan. Setakat ini pihak berkuasa Vietnam sedang melaksana rundingan bersama Shein dan Temu bagi lanjutan berhubung hal perlesenan.
Namun jika kedua pihak tidak menuruti perbincangan yang ditetapkan maka langkah sekatan ke atas aplikasi dan domain kedua negara tersebut akan dilaksanakan.