Artikel

Mulai 2025 – Pilihan Pembayaran Alternatif Libat Pas My50 Akan Dilancarkan

Mulai tahun hadapan, pengguna pas bulanan My50 dimaklumkan bakal melihat penawaran pilihan pembayaran baharu akan diperkenalkan kelak.

Ia termasuklah saluran yang sedang diteliti ketika ini menggunakan pendekatan seperti kad Touch ‘n Go. 

Peralihan itu menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) pada laporan NST bertujuan merevolusikan sistem digital pengangkutan awam negara. Di mana setelah aturan integrasi selesai, pengguna akan dapat membayar dengan menggunakan kad TNG atau mengakses sistem melalui telefon pintar dengan menggunakan kod QR.

Perubahan ini dibuat berikutan terdapat sebilangan pengguna merasakan penggunaan MyKad sedikit renyah apabila melibatkan pengangkutan awam. Buat pengetahuan umum, pas My50 menawarkan perjalanan tanpa had untuk perkhidmatan rel dan bas yang dikendalikan oleh Prasarana.

Secara purata, terdapat 220,000 pengguna My50 bulanan, kini meningkat daripada hanya 98,000 pada 2019.