Bertepatan dengan jangkaan negara untuk menarik ketibaan 26.1 juta pelancong asing menjelang tahun 2026 – pentadbiran kini melancarkan Pas MyTourist, yang membolehkan pelancong luar negara nikmati perjalanan tanpa had dengan pas bermula harga RM35.
Lebih menarik, pelancaran yang diadakan selari dengan meraihkan operasi RapidKL selama 20 tahun dalam arena pengangkutan awam negara ini – turut memberi faedah kepada pelancong luar negara. Antaranya potongan harga di beberapa lokasi tumpuan, rangkaian makanan, taman tema serta gedung membeli-belah. Antaranya PetroSains, Times Quare Theme Park, Zoo Negara, Super Park Malaysia, Sunway Lagoon, MyTown, ZUS Coffee dan banyak lagi.
Malah manfaat ini tidak sekadar buat pelancong negara semata-semata. Ia turut mengalakkan pelancongan domestik kalangan penduduk Malaysia. Di mana turut boleh meraih Pas MyTourist serendah RM15.
Bagi perincian lanjut, ini tawaran harga Pas MyTourist bagi tempoh 10 November sehingga 9 Disember 2024 ini: