Artikel

Belanjawan Sarawak 2025 Sedia Peruntukan RM15.8 Bilion – Lebih Tinggi 16%

Tahun 2025 memperlihatkan ketersediaan Sarawak untuk memacu pertumbuhan ekonomi mereka dengan lebih besar – apabila mengumumkan sejumlah RM15.8 bilion disediakan pada peruntukan Belanjawan Sarawak 2025.

Angka ini untuk makluman adalah 16% lebih tinggi berbanding peruntukan tahun 2024.

Pertambahan lebih RM2.2 bilion ini adalah tindak balas negeri untuk melonjakkan aktiviti ekonomi tempatan bersama manfaat kemasukan pelaburan asing. Berlandaskan komitmen tersebut selain meluaskan permintaan pada pasaran komoditi – Sarawak juga ingin tampil selaku hab kelestarian.

Usaha ini akan dirancakkan dengan perkembangan pembangunan negeri yang berpotensi manfaat peruntukan lebih RM10 bilion pada aturan tersebut. Langkah ini dijangka dapat memacukan lagi ekonomi Sarawak secara berperingkat pada tahun 2025.