Artikel

Setel: Caj 1% Akan Dikenakan Pada Tambah-Nilai Menggunakan Kad Kredit – Mulai 5 Disember Ini

Setel, aplikasi sehenti Petronas yang memudahkan pengguna untuk pengisian petrol secara terus – kini memaklumkan akan mengenakan caj 1% untuk aturan tambah-nilai yang menggunakan kad kredit.

Tindakan itu akan dikuatkuasakan bermula 5 Disember 2024 kelak.

Setakat ini difahamkan pengenaan caj tersebut hanya tertakluk pada penggunaa kad kredit bagi langkah tambah-nilai sahaja. Sementara  jika tambah-nilai dilaksanakan secara automatik maka ia kekal percuma diikuti kaedah tambah nilai yang lain juga kekal percuma. Ini meliputi saluran tambah nilai seperti dompet digital, perbankan atas talian serta kad debit.