Artikel

Semua GLC, GLIC – Tidak Lagi Boleh Luluskan Bonus Dan Insentif Lawatan Sendiri

Untuk memastikan pengurusan operasi yang lebih baik – semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tidak lagi boleh meluluskan bonus, insentif serta imbuhan lawatan operasi sendiri.

Aturan itu menurut Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah kini perlu dikemukakan terlebih dahulu dan akan diluluskan oleh kementerian. Dasar baharu ini telah dicapai hasil kesepakatan di bawah sidang kabinet negara.

Buat pengetahuan umum, sebelum ini Kabinet sekadar menyemak aturan sedemikian di bawah kementerian, jabatan dan agensi sahaja. Kini ia diperluaskan kepada semua GLC dan GLIC. Tindakan ini adalah termasuk dengan perluasan kuasa Jabatan Audit Negara (JAN) ke atas hampir 2,000 badan, GLC dan GLIC untuk tindakan pengauditan di pasaran.