Artikel

Portal InvestMalaysia Kini Dilancarkan – Perluas Akses Pelaburan, Hubungkan Kumpulan Pelabur Di Malaysia

Malaysia kini telah melancarkan portal InvestMalaysia, bagi membolehkan pelabur meraih akses yang meluas pada peluang pasaran di negara. Platform sehenti ini dijelaskan menggabungkan pelbagai maklumat penting kepada kumpulan pelabur dalam membuat keputusan pelaburan yang cekap, tepat pada masanya.

Menerusi portal ini, semua pihak dapat meraih dokumen dasar utama serta statistik ekonomi dan struktur demografi semasa. Malah, pemain industri turut miliki akses kepada butiran mengenai produk pelaburan, penarafan kredit, penerbitan dan sumber maklumat.

Ini termasuklah input pembentangan semasa melibatkan jelajah pelaburan yang diadakan pihak kewangan negara meliputi panduan pelaburan di Malaysia.

Adanya kemudahan tersebut, ia akan mengukuhkan makroekonomi dan potensi pelaburan di Malaysia. Di mana medium ini akan memberi penyampaian maklumat yang lebih lengkap dan lancar kepada kumpulan pelabur. Usaha ini dilihat penting untuk Malaysia, tatkala dalam agenda mempercepatkan pembaharuan struktur bagi kukuhkan prospek ekonomi bagi jangka masa panjang.

Secara menyeluruh, portal InvestMalaysia ini dibangunkan bukan sahaja untuk menyediakan ruang maklumat tetapi juga untuk membolehkan libat urus yang lebih erat serta memudahkan pemahaman yang lebih meluas tentang prestasi ekonomi, inisiatif strategik dan peluang yang lebih banyak di Malaysia.