Artikel

MyCC: Sejumlah RM571.5 Juta Penalti Telah Dikenakan Ke Atas 107 Syarikat, Terlibat Isu Kartel

Berdasarkan rekod sejak 2015, didapati sejumlah RM571.5 juta penalti kewangan telah dikenakan terhadap 107 buah syarikat berikutan terlibat dengan aktiviti kartel.

Data di bawah Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ini menjelaskan tindakan penalti itu meliputi kartel pengeluaran ais yang melibatkan 24 pemain industri (RM252,250), kartel pengeluar roti dan manisan Sibu dengan 14 syarikat (RM247,730), kartel perkhidmatan feri antara Kuala Perlis dan Langkawi libatkan 5 syarikat (RM2.19 juta) dan kartel penetapan kuantum kenaikan harga ayam libatkan 5 pengeluar makanan ayam (RM415.5 juta).

Catatan sedemikian secara jelas menunjukkan komitmen MyCC dalam menamatkan isu monopoli pada pasaran negar, semakin meluas. Terbaharu, MyCC menjelaskan ketika ini pihaknya sedang menjalankan kajian am berhubung struktur pasaran dan dalaman pada perniagaan padi, beras di pasaran negara.

Tidak hanya itu, kajian ke atas permit diluluskan (AP) dan permit import (IP) berhubung aturan pengimportan bawang, kelapa dan daging turut sedang disemak ketika ini. Dimaklumkan semakan tersebut akan dibentang sebelum akhir 2024 ini.