Seiring dengan agenda kelestarian, Touch ‘n Go eWallet kini membolehkan pengguna meraih akses mudah akan pemasangan solar mampu-milik di kediaman mereka menerusi aplikasi bersama penyelesaian dengan TERA.
Kesepakatan ini dijangka akan mewujudkan persekitaran hijau yang lebih meluas dalam penggunaan tenaga kalangan rakyat Malaysia. Di mana penjimatan bil elektrik dapat diraih menerusi pulangan pelaburan libatkan sehingga 5 tahun.
TERA yang memiliki pengalaman penyelesaian fotovoltaik solar (PV) selama 13 tahun ini telah memasuki pasaran negara dan meluaskan perkhidmatan mereka di 2,000 premis di Semenanjung Malaysia – ini meliputi unit kediaman, komersial, perindustrian dan projek berskala besar.
Susulan kerjasama itu, TNG eWallet kini memaklumkan bermula 6 November sehingga 31 Januari 2025 kelak – mana-mana pengguna aplikasi yang membeli sistem suria pemasangan solar bersama TERA dalam aplikasi akan menikmati diskaun eksklusif 20% bersmaa pulangan tunai RM200 untuk langkah deposit RM1,000. Tidak hanya itu, perolehan pulangan tunai berjumlah RM1,000 turut akan diberi kepada kumpulan pengguna yang telah melaksanakan penyelesaian penuh perkhidmatan tersebut.