Artikel

Semua Bas Ekspres Kini Dilarang Guna Soket Pengecas Telefon – Buat Sementara Waktu

Bertindak balas akan isu renjatan elektrik yang telah meragut nyawa seorang pengguna bas ekspres baru-baru ini – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) kini mengeluarkan larangan sementara berhubung penggunaan soket pengecas telefon dalam pengangkutan tersebut.

Ini bermakna, larangan sementara itu terpakai ke atas semua bas ekspres di pasaran negara. Larangan penggunaan soket pengecas ini akan berkuatkuasa sehingga laporan pasukan petugas khas berhubung isu renjatan tersebut selesai dilaksanakan.

Tidak hanya itu, kesan isu ini secara tidak langsung turut menimbulkan kebimbangan akan penggunaan soket pada saluran pengangkutan lain seperti kapal terbang dan keretapi. Namun Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi jaminan – isu tersebut tidak akan memberi impak ke atas khidmat pengangkutan yang lain susulan penggunaan soket pengecas itu telah tertakluk pada piawaian yang digariskan.

Setakat ini hanya penggunaan soket pengecas dalam pengangkutan bas ekspres sahaja tidak memiliki piawaian yang tetap. Maka kelemahan tersebut sedang diteliti dan dijangka akan menerbitkan suatu garis panduan yang sama demi kesejahteraan pengguna.