Artikel

SSM Akan Perkenal Perkhidmatan Baharu – Mudahkan Pencarian Kod Perniagaan Pada Pasaran Malaysia 

Untuk memastikan ekosistem syarikat di pasaran negara terus mengukuh, kini data dilihat memainkan peranan yang penting bagi merancakkan sektor ekonomi Malaysia.

Terbaharu, berdasarkan keupayaan tersebut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Kementerian Kewangan (MOF) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan melancarkan segmen perkhidmatan baharu – dalam memudahkan pencarian kod bidang perniagaan buat pemain industri.

Meskipun tiada perincian lanjut berhubung agenda itu, aturan ini menjadi sebahagian usaha penguatkuasa untuk meluaskan lagi rujukan utama dalam arena perniagaan. Sekaligus membantu memberi cerminan akan dinamik perniagaan semasa di pasaran Malaysia.

Pengenalan khidmat baharu itu menurut SSM akan dimaklumkan pada 11 November ini buat penjelasan lanjut untuk pemain industri. Sama-sama kita nantikan.