Artikel

OPR Masih Kekal 3.00% – Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan Kadar Dasar Semalaman adalah kekal di paras 3.00% – langkah itu sekaligus menjadikan ia kadar yang sama sebagaimana yang telah diumumkan sejak Mei 2023 lalu.

Pelarasan di bawah sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ini didasari akan persekitaran ekonomi Malaysia yang semakin meluas diimbangi pasaran pekerjaan yang kian meluas disusuli kemasukan pelaburan yang membrangsangkan.

Pertumbuhan modal import yang lebih tinggi dilihat turut akan meningkatkan lagi eksport dan mengembangkan keupayaan pengeluaran ekonomi pada pasaran negara. Tidak hanya itu, pertumbuhan negara juga mungkin menjadi lebih tinggi hasil sokongan limpahan peningkatan kitaran teknologi yang lebih besar, aktiviti pelancongan yang lebih giat serta pelaksanaan projek pelaburan yang lebih pantas.

Manakala aliran inflasi pula dijangka akan terus sederhana dengan jangkaan lingkungan pada 1.8% pada pasaran semasa. Menuju tahun 2025, inflasi dijangka kekal terkawal berikutan keadaan kos global yang semakin reda dan ketiadaan tekanan permintaan dalam negeri yang berlebihan.

Namun, risiko kenaikan inflasi akan bergantung pada tahap kesan limpahan langkah-langkah dasar dalam negeri serta harga komoditi global dan perkembangan pasaran kewangan.

Bagi prestasi Ringgit pula, negara optimis ia terus akan didorong faktor luaran tetapi keputusan pilihanraya Amerika Syarikat (AS) mungkin meningkatkan volatiliti dalam jangka masa terdekat. MPC akan terus memantau perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian trajektori inflasi dan trajektori pertumbuhan dalam negeri menuju tahun 2025.