Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) memaklumkan akan terus menyerapkan tekanan kos biarpun berdepan pelarasan harga komoditi yang lebih tinggi, disamping kenaikan cukai minuman bergula dilaksanakan. Aturan itu sekaligus memberi cerminan penawaran harga produk bersama pengguna akan dikekalkan untuk suatu tempoh yang lebih lama.
Tindakan itu dikongsikan pada sidang taklimat Tahun Kewangan F&N yang berlangsung pada hari ini. Di mana pengurusan F&N menjelaskan pihaknya akan menyerap kesan kos tersebut dan selanjutnya akan laksana semakan sekiranya terdapat bebanan tinggi pada operasi. Namun F&N menjamin pengguna akan berdepan kesan minimum berhubung isu kos.
Selain tiada hasrat meningkatkan harga produk, F&N turut memiliki matlamat mengurangkan harga jualan produk susu segar di pasaran negara. Setakat ini sahaja purata harga susu segar di negara bagi setiap liter adalah RM8 hingga RM15. Harga ini menunjukkan dua kali ganda lebih mahal berbanding penawaran harga susu segar di peringkat global.
Berikutan penetapan harga yang lebih tinggi ini, ia sekaligus membawa kepada pengurangan pengambilan susu segar kalangan rakyat negara.