Tahun 2024 menyaksikan prestasi Fraser and Neave Holdings Bhd (F&N) terus Melonjak apabila hasil meningkat 4.9% kepada RM5.25 bilion, naik daripada RM5.0 bilion berbanding tahun lalu. Ini didorong terutamanya oleh jualan domestik yang lebih tinggi daripada F&B Malaysia dan F&B Thailand, serta aliran eksport ke Kemboja, dengan minuman, air dan produk tenusu menjadi pemacu prestasi utama.
Selain hasil, pencapaian untung bersih turut memaparkan lonjakan kepada RM544.3 juta berbanding RM542 juta tahun lalu – walaupun operasi perlu menanggung perbelanjaan cukai yang lebih tinggi tahun ini antaranya penamatan tempoh insentif cukai Lembaga Pelaburan Thailand yang berlaku pada April 2024.
Malah keuntungan operasi kumpulan juga meningkat sebanyak 10.4% kepada RM709.5 juta, berbanding RM642.9 juta pada tahun sebelumnya, diikuti keuntungan Kumpulan sebelum cukai mengukuh sebanyak 11.6% berbanding tahun sebelumnya, disumbangkan oleh keuntungan yang lebih tinggi daripada F&B Malaysia dan F&B Thailand. Biarpun terdapat pelarasan item bukan operasi, kos penstrukturan semula dan kos permulaan untuk ladang tenusu bersepadu.
Keuntungan operasi juga semakin melonjak hasil tindakan jenama mengoptimumkan kos pada pegangan Cocoaland Holdings Berhad, di mana untung operasi meningkat sebanyak 19.9% kepada RM709.7 juta.
Secara menyeluruh operasi F&N pada tahun 2024 memperlihatkan cabaran dari aspek pembekalan dan tekanan inflasi. Namun kesan penambahbaikan dan pelarasan harga serta kos operasi – situasi sedemikian dijangka akan beri kelebihan kepada F&N pada segmen baharu di pasaran kelak.