Artikel

Kelantan Kini Perhalusi Kriteria Buka Pawagam – Setelah Menerima Beberapa Permohonan

Pentadbiran negeri Kelantan kelak akan laksana semakan berhubung syarat pembukaan pawagam di pasaran negeri tersebut. Tindakan itu berikutan terdapatnya permintaan dan permohonan dari beberapa syarikat panggung wayang semasa.

Sebelum ini, syarat pembukaan pawagam telahpun tersedia namun akan diperhalusi mengikut penetapan semasa. Antara kriteria yang pernah digarapkan adalah persekitaran tayangan pawagam tidak dibenarkan gelap serta operasi pawagam perlulah mematuhi waktu solat – khususnya tayangan pada masa Maghrib dan Isyak.

Menerusi penekanan itu, ia secara langsung akan mengelakkan berlakunya unsur yang tidak diingin dalam kalangan penonton pawagam. Makluman yang dikongsikan ketika sidang Ijtimak Tarbawi 10.0 itu dimaklumkan akan dikongsikan perkembangannya pada mesyuarat kerajaan negeri kelak.