Dalam memastikan isu kesesakan ketika musim perayaan, cuti umum serta peristiwa dapat diatasi dengan baik – pelan pelebaran lorong tambahan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak kelak dimaklumkan akan bermula sekitar Januari 2025 ini.
Agenda itu akan direalisasikan sebaik sahaja syarikat konsesi selesai, memuktamadkan rekabentuk projek berkenaan. Menurut Kementerian Kerja Raya, aturan pelebaran lebuhraya tersebut akan mengambil masa sekitar 4 tahun dan jika memenuhi sasaran masa yang ditetapkan – ia dijangka selesai menjelang 2029 kelak.
Buat pengetahuan kos seluruhan pelan pelebaran ini akan membabitkan sejumlah RM2.1 bilion pembiayaan – yang mana ia sepenuhnya akan ditanggung oleh syarikat konsesi lebuhraya yang terlibat.