Artikel

Mulai 1 Julai 2025 – Tiada Lagi Jualan, Kenderaan Guna NGV

Setelah mengambilkira faktor keselamatan pengguna dan orang awam, kabinet hari ini mencapai kesepakatan untuk menamatkan penjualan, kenderaan motor yang mengunakan gas asli mampat (NGV) – mulai 1 Julai 2024.

Ini bermakna pada tempoh itu, kenderaan NGV tidak lagi dibenarkan untuk berdaftar atau dilesenkan di Malaysia.

Menurut notis Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini, bekalan runcit NGV di seluruh negara telahpun ditamatkan secara berperingkat bermula 1 Oktober lalu, sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 1 Julai kelak.

Memahami akan terdapat kumpulan yang terkesan, Petronas NGV kini mengambil pendekatan menyediakan Program Bantuan Peralihan Kenderaan NGV secara bersasar. Ini meliputi kenderaan teksi NGV serta pemilik kenderaan bahan apil tunggal dan dwibahan api NGV.