Artikel

LHDN Maklum Tidak Pernah Hantar Pautan Status Bayaran Balik – Melalui Portal MyTax 

Pembayar cukai  kini diminta untuk terus berwaspada akan kaedah penipuan pada pasaran semasa. Peringatan ini mengambilkira susulan terdapat penularan maklumat palsu yang mengatakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menghantar status bayaran balik menggunakan portal MyTax.

Makluman tersebut ditegaskan adalah tidak benar dan LHDN tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Tindakan palsu ini adalah isu yang serius susulan menyalahgunakan nama HASiL bagi tujuan mengelirukan kumpulan pembayar cukai negara. Malah sekiranya didapati bersalah, pihak yang terlibat berpotensi didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM).

Maka bagi tindakan lanjut, LHDN mengingatkan orang awam untuk berhati-hati akan sebarang bentul e-mel, pautan dan teks Whatsapp yang mencurigakan. Sebarang semakan maklumat berkaitan percukaian boleh dilaksanakan menerusi saluran yang sahih sahaja – ia merangkumi portal rasmi LHDN, portal MyTax, talian rujukan khidmat HASiL dan pejabaran HASiL.