Enam syarikat yang berpangkalan di Malaysia kini menjadi antara hampir 400 entiti yang berdepan sekatan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS). Tindakan itu susulan entiti didakwa beroperasi atau pernah terlibat dengan operasi pada sektor pembuatan Rusia.
Di mna sasaran ini meliputi pembekalan mikroeletronik dan item kawalan berangka komputer (CNC) – yang mana dimaklumkan memberi kepentingan kepada asas industri ketenteraan Rusia.
Selain Malaysia, negara lain yang turut terkesan akan sekatan tersebut adalah Thailand, Turkiye, India, China dan Emiriah Arab Bersatu.
Berdasarkan tindakan itu, syarikat berpangkalan di Malaysia yang terkesan adalah Zeolite, Centrina United, Gyntec Carbon, Moralability dan Melix Global. Difahamkan, semua yang disenaraikan ini adalah tertakluk di bawah Perintah Eksekutif (EO) 14024 yang membolehkan sekatan ke atas aktiviti asing berbahaya tertentu oleh kerajaan Persekutuan Rusia.