Artikel

Ninja Van: Isu Penipuan Penghantaran Barang Di Lembah Klang Meningkat, Naik 49% 

Suku ketiga 2024 memperlihatkan lebih 3,000 laporan libatkan penipuan penghantaran bungkusan telah dicatatkan di sekitar Lembah Klang – akan itu sekaligus memaparkan 49.22% lebih tinggi berbanding rekod yang dicatatkan pada suku ketiga 2023.

Sebagai perincian kegiatan penipuan kebanyakkan mengfokuskan kepada ciri pembayaran COD (Cash On Delivery) – selain penawaran diskaun yang tidak setimpal dengan kualiti barangan, kumpulan scammer juga akan menggunakan pihak kurier selaku pihak penghantaran yang sah untuk menghantar barangan secara rawak kepada pengguna. Walaupun tiada pesanan dilakukan namun dengan nilai barangan yang lebih rendah telah berjaya mengelirukan sebilangan pengguna – dan ini membawa mereka kepada pembayaran secara COD.

Situasi ini tidak sekadar berlaku di Lembah Klang, bahkan lokasi di luar bandan juga turut memaparkan peningkatan di bahagian Utara-Selatan dengan peningkatan lebih 150% diikuti bahagian Timur meningkat 160%.

Berikutan peningkatan tersebut, Ninja Van kini memberi peringatan untuk semua pihak berhati-hati khususnya akan penerimaan bungkusan secara rawak. Langkah berjaga ini tidak sekadar untuk peringatan diri bahkan harus diperluaskan kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berhubung penghantaran barang – para pengguna boleh merujuk pada segmen NinjaChat atau hubungi talian khidmat pelanggan 0111-7225600 serta emel kepada [email protected] bagi tindakan susulan.