Kesan perubahan cuaca semasa, harga koko dilihat terus melonjak – apabila tahun ini sahaja sekitar 400% kenaikan telah dicapai berbanding tahun 2023. Situasi itu dilihat berupaya memberi kesan ke atas kos pengguna pada penjualan produk berasaskan bahan koko.
Menurut kumpulan peladang koko global, di Ghana sahaja telah memperlihatkan musim kemarau yang panjang telah mendorong hasil tuaian yang lemah. Tidak hanya itu, tindakan kegiatan melibatkan aktiviti lombong secara haram dan penyeludupan turut menjejaskan lagi tuaian bekalan tersebut.
Buat pengetahuan umum, Ghana adalah pengeluar koko kedua terbesar di dunia sementara peneraju pembekalan ini adalah Ivory Coast.
Kekurangan bekalan koko itu sekaligus telah memaparkan kenaikan tiga kali ganda pada harga komoditi semasa kepada $12,500 bagi satu tan koko. Lonjakan tersebut tidak sekadar membebankan pengguna bahkan peniaga pasaran turut perlu bersedia akan kos operasi yang lebih tinggi.