Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kini dalam aturan untuk mengkaji penawaran skim perlindungan insurans buat rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura – terutamanya buat mereka yang laksana perjalanan ulang-alik setiap hari.
Komitmen ini adalah usaha negara untuk meningkatkan lagi hak kebajikan kumpulan dispora Malaysia. Namun Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akui tindakan ini memerlukan sedikit masa susulan melibatkan persetujuan pentadbiran Singapura, berikutan peranan pas pekerjaan adalah tertakluk pada perundangan di sana.
Buat pengetahuan umum, setakat ini dianggarkan lebih 1.8 juta rakyat negara bekerja di Singapura dengan jumlah sehingga 400,000 individu difahamkan kumpulan yang laksana perjalanan ulang-alik setiap hari menyeberangi tambak.