Artikel

Bermula Hari Ini – Pelajar IPT Boleh Menebus Baucar Buku RM100 Menerusi MySiswaPlace

Melihat pada permintaan yang rancak sebelum ini – pentadbiran melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan pengagihan Baucar Buku bernilai RM100 kini boleh ditebus melalui portal MySiswaPlace – penebusan tersebut dibuka mulai hari ini, 30 Oktober sehingga 31 Disember 2024 kelak.

Adanya kemudahan medium sehenti ini, ia akan memperkasakan lagi tabiat membaca kalangan mahasiswa negara. Buat pengetahuan umum, portal MySiswaPlace dibawakan oleh Yayasan Perkasa Siswa untuk memacu ekosistem pendidikan tinggi dengan kemudahan mesra digital.

Pada portal ini, para pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) akan meraih kemudahan yang pantas – selain kemudahan baucar, para pelajar turut dapat melihat cadangan buku pembacaan dalam beberapa kategori. Malah turut diingatkan, penebusan baucar adalah terbuka kepada pelajar yang masih berstatus aktif sehinggan akhir 2024 sahaja dan ia meliputi kumpulan peringkat sijil sehingga Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).