Khazanah Nasional kini melancarkan Jelawang Capital Sdn Bhd, susulan penggabungan Malaysia Venture Capital Management bersama Penjana Kapital pada Julai lalu. Penampilan Jelawangan Capital ini sekaligus akan memacukan lagi pembangunan arena modal teroka (VC) di pasaran tempatan.
Berikutan pelaksanaan itu, sebagaimana yang dimaklumkan ketika sidang belanjawan tempoh hari – Jelawang Capital akan memberi fokus dalam penyediaan modal kepada pengurus dana dalam ekosistem VC. Langkah itu sekaligus akan meluaskan usaha inovasi negara pada prestasi ekonomi dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan di negara.
Secara menyeluruh Jelawang Capital akan menerajui dua inisiatif meliputi Emerging Fund Managers (EMP) dan Regional Managers Initiative (RMI). Di mana EMP akan memperlihatkan sokongan dalam aspek pengumpulan dana ke atas pengurus dana yang berpusat di Malaysia atau luar negara, sementara RMI pula mengukuhkan ekosistem startup tempatan dengan laksana kerjasama strategik dengan firma modal teroka di pasaran serantau.