Artikel

McDonalds Melaporkan Jualan Di Seluruh Dunia Kini Jatuh Mendadak

McDonald’s terus memperlihatkan penurunan pada prestasi jualan global mereka – apabila jatuh 1.5% pada suku ketiga 2024 – menjadikan ia antara penurunan terbesar dalam 4 tahun. Ini memaparkan pendapatan bersih turut jatuh kepada $2.26 bilion – di mana turun 3% berbanding tahun lalu.

Persekitaran itu adalah kesan trafik penjualan yang lebih lemah merentasi seluruh pasaran utamanya. Biarpun pelbagai inisiatif promosi dijalankan namun kesan pulangan dilihat kurang membrangsangkan pada laporan kewangan operasi.

Sebagai perincian, jualan di pasaran antarabangsa telah jatuh 2.1% kesan permintaan di Perancis dan Britain merudum, diikuti perbelanjaan di China turut melemah serta kesan konflik Timur Tengah telah menjejaskan segmen perniagaan mereka pada permintaan di pasaran Asia.