Artikel

1MDB: Mahkamah Tinggi Putuskan 25 Pertuduhan Ke Atas Datuk Seri Najib Sah Dari Segi Perundangan

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan, 25 pertuduhan ke atas mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah sah dan tidak cacat dari segi perundangan serta pihaknya turut menolak hujah akan pendakwaan tersebut.

Ini kerana pertuduhan yang dikenakan diperjelaskan tidak mengelirukan dan tidak bersifat prejudis.

Sebagai perincian, empat pertuduhan melibatkan tindakan menerima rasuah berjumlah RM2.3 bilion pada dana 1MDB sementara 21 pertuduhan lain adalah membabitkan pertuduhan pengubahan wang haram pada jumlah dana yang sama.

Secara menyeluruh perbicaraan pertuduhan ini telahpun melebihi tempoh 6 tahun – sejak September 2018 dibicarakan. Difahamkan pembacaan penghakiman masih lagi berlangsung dan setakat ini diperlukan DS Najib untuk membela diri bagi 4 pertuduhan libatkan salah guna kuasa, selanjutnya akan diputuskan bersalah ataupun tidak diakhir pembelaan kelak.

Manakala 21 pertuduhan lain pada dana 1MDB masih tidak diketahui status pendakwaan.