Artikel

PLUS Jangka Jumlah Trafik Meningkat, 2.1 Juta Kenderaan Sehari – Bermula 30 Oktober Ini

Bersempena sambutan perayaan Deepavali pada 31 Oktober ini, dijangka aliran trafik di kebanyakkan lokasi Malaysia akan berdepan peningkatan dan kesesakan. Menurut PLUS Malaysia, terdapat jangkaan sekitar 2.1 juta kenderaan dalam masa sehari akan memenuhi laluan di rangkaian lebuhrayanya – bermula 30 Oktober ini.

Peningkatan jumlah trafik itu turut dijangka berlaku pada 2 November dan 3 November berikutan tindakan pengguna kenderaan untuk pulang setelah tempoh percutian Deepavali tamat.

Susulan itu, bagi memastikan keselesaan dan kelancaran perjalanan buat pengguna terus dipelihara – PLUS memaklumkan akan mengaktifkan Smart Lane di 21 lokasi kritikal. Tidak itu pihaknya turut menambahbaik kualiti kemudahan kawasan hentian rehat dan rawat (R&R)  untuk menjamin perolehan kemudahan awam yang terbaik buat pengguna.

Malah PLUS juga turut menyediakan lampiran jadual Cadangan Waktu Perjalanan MyPLUS pada aplikasi untuk membantu pengguna meningkatkan aliran trafik pada kadar yang lebih baik dalam tempoh terlibat.

Secara menyeluruh, pengguna lebuhraya dinasihatkan untuk turut sama merancang perjalanan mereka sebaik mungkin dan sekiranya memandu kenderaan persendirian pastikan kenderaan anda memiliki kad Touch ‘n Go untuk tindakan menyentuh pada paparan bayaran – meskipun tiada caj akan dikenakan.