Artikel

Hutang Isi Rumah Kini Naik – Capai RM1.57 Trilion, Kesan Lonjakan Pinjaman Perumahan

Setakat Jun 2024 ini, hutang isi rumah dimaklumkan telah meningkat kepada RM1.57 trilion – di mana sebahagian besarnya disumbangkan daripada pinjaman perumahan.

Peningkatan itu untuk makluman membawa kepada peratusan 83.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan melibatkan pinjaman perumahan (61%), disusuli pinjaman kenderaan (13.5%), dan pembiayaan peribadi (12.4%) bersama beberapan peratusan libatkan pinjaman lain.

Melihat pada peningkatan itu didorong hasil pembelian rumah dan kenderaan, Kementerian Kewangan (MOF) kini memaklumkan akan mengukuhkan daya tahan isi rumah di bawah Dokumen Dasar Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab. Usaha itu sekaligus akan meningkatkan lagi tahap celik kewangan kalangan penduduk negara.