Artikel

Pos Digicert Perkenal eCredentia – Bolehkan Individu, Institusi Sahkan Kelayakan Akademik Dan Profesional

Pos Digicert, anak syarikat Pos Malaysia Berhad dan peneraju dalam penyelesaian identiti digital negara kini perkenalkan eCredentia – bagi memperkukuhkan lagi komitmen syarikat dalam memajukan penyelesaian digital yang selamat.

Di mana menerusi eCredentia, ia membolehkan individu dan institusi mengesahkan kelayakan akademik dan profesional. Ini merangkumi pengurusan rekod transkrip, sijil dan surat rasmi yang melibatkan sokongan tandatangan digital.

Adanya penyelesaian ini, ia akan memperkasakan lagi aspek kepercayaan dan ketelusan dalam pendidikan dan pasaran pekerjaan negara.

Selain pengumuman tersebut pada Simposium Digital Trust 2024, POS Digicert turut memaklumkan pihaknya kini tidak sekadar dalam usaha memodenkan operasi merentasi sektor swasta bahkan turut akan meluaskan perkhidmatan bersama kerajaan. Antaranya menawarkan sijil digital yang selamat, penyelesaian eKYC, dan platform tandatangan digital.

Secara menyeluruh perkhidmatan Pos Digicert kini telah memenuhi keperluan lebih 5,000 syarikat swasta, diikuti lebih daripada 120 kerajaan agensi dan 30 institusi kewangan di pasaran negara.