Artikel

MOF Sahkan – Khazanah, PNB Jual RM47 Juta Kepentingan Dalam FashionValet Pada Nilai Hanya RM3.1 Juta

Sekiranya dahulu pelaburan asal membawa kepada nilai RM47 juta – namun kesan prestasi yang tidak membrangsangkan kini Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) bertindak menjual pegangan mereka dalam FashionValet hanya pada harga RM3.1 juta sahaja.

Aturan itu sekaligus memperlihatkan kerugian besar buat penyedia pelaburan negara. Jumlah pelaburan awal tersebut melibatkan Khazanah dengan RM27 juta diikuti PNB dengan pelaburan berjumlah RM20 juta.

Makluman yang dikongsikan Kementerian Kewangan (MOF) pada sesi bertulis Parlimen ini menjelaskan –  tindakan penjualan pegangang itu dilaksanakan pada akhir 2023 kepada NXBT Parnets iaitu sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang dikawal Afzal Abdul Rahim, CEO TIME dotCom.

Buat pengetahuan umum, biarpun telah menjual pegangan sedemkian – Khazanah turut memiliki kepentingan dalam TIME dotCom dengan 32.34% setakat Julai 2024.