Artikel

Menjelang 2025 – EV Disasar Jadi Kereta Rasmi Pemimpin ASEAN

Selaras dengan penampilan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada 2025 kelak – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyasarkan kenderaan elektrik (EV) akan dijadikan sebagai kereta rasmi para pemimpin ASEAN bagi aturan menghadiri acara kenegaraan.

Matlamat itu adalah untuk meluaskan lagi penggunaan EV dalam pasaran semasa. Di samping agenda negara untuk meningkatkan jejak kelestarian dan tindakan peralihan tenaga.

Sasaran menggunakan EV sebagai kereta rasmi dilihat akan lebih memberi penjimatan meskipun jumlah unit yang lebih kecil namun impak pada aturan perbelanjaan dilihat lebih cekap.

Jelas PM Anwar lagi, aturan lanjut berhubung tindakan ini akan diperincikan kelak dan dimaklumkan kepada semua ketua negara ASEAN.

Apa itu ASEAN – mewakili Association of Southeast Asian Nations atau Persatuan Negara Asia Tenggara meliputi 11 negara yang terlibat – Malaysia, Indinesi, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja dan Timor Leste.