KWSP, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kini menuntut ahli pencarumnya yang berusia 100 tahun ke atas untuk mengeluarkan kesemua simpanan KWSP mereka sebelum 31 Mac 2025 kelak.
Tidak sekadar ahli, KWSP juga dalam usaha menghubungi keluarga mahupun waris pencarum akan pelaksanaan ini. Di mana keluarga turut boleh laksana semakan baki simpanan yang masih belum dikeluarkan dalam akaun KWSP pencarum – dengan hanya menggunakan nombor kad pengenalan atau kemukakan nombor ahli KWSP.
Ini kerana jika dalam tempoh tersebut, pihak yang terlibat tidak berbuat demikian maka baki simpanan tersebut akan dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut, Jabatan Akuntan Negara Malaysia (BWTD). Setelah tamatnya tempoh tersebut, ia memerlukan pencarum mahupun ahli keluarga, waris untuk laksana permohonan tuntutan kepada BWTD.
Jadi untuk mengelakkan berlakunya kesulitan dalam proses tuntutan, ahli dan waris boleh merujuk pautan Semak Maklumat Simpanan Tak Dituntut KWSP ini untuk mengetahui jumlah baki simpanan dan langkah permohonan pengeluaran seterusnya.