Artikel

TNB Rugi Lebih RM440 Juta Sejak 2020 – Susulan Aktiviti Melombong Bitcoin

Sejak 2020 sehingga September lalu – didapati Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdepan kerugian berjumlah RM441,600,089 berikutan kecurian elektrik kesan kegiatan melombong bitcoin.

Berdasarkan perincian serbuan yang dijalankan TNB, tahun 2020 mencatatkan kerugian sekitar RM5.9 juta, diikuti 2021 (RM140 juta), 2022 (RM124 juta), 2023 (RM67 juta) dan sehingga September 2024 sekitar RM103 juta.

Situasi ini secara jelas tidak hanya memberi bebanan kepada TNB bahkan turut memberi kesan besar ke atas pengguna negara – yang turut sama menanggung kerugian tersebut. Buat pengetahuan umum, jika terdapat pihak didapati bersalah akan kesalahan tersebut – kumpulan ini berpotensi dikenakan denda maksimum sehingga RM200,000 atau penjara sehingga 5 tahun.