Setelah Meta, kini LinkedIn – medium libatkan rangkaian profesional global kini berdepan penalti €310 juta oleh pihak berkuasa Ireland, Suruhanjaya Perlindungan Data (DPC) berikutan berlakunya kesalahan etika pada penggunaan data peribadi pengguna akan tindakan pengiklanan yang bersasar.
Berlandaskan perincian DPC, Microsoft yang sebelum ini turut didenda menjelaskan persetujuan penggunaan data yang diberikan LinkedIn bukanlah diberi secara percuma. Di mana pengiklanan bersasar itu melibatkan aturan iklan yang disesuaikan ke atas pengguna mengikut maklumat peribadi mereka.
Susulan pengenaan ini, mengikut laporan AFP, LinkedIn telahpun diberi tempoh 3 bulan untuk membawa pemprosesannya bagi mematuhi peraturan di bawah Perlindungan Data Am (GDPR) Kesatuan Eropah (EU).
Biarpun berdepan denda tersebut, LinkedIn kekal akui pihaknya telah mematuhi piawaian yang ditetapkan namun menerima keputusan tersebut bagi menambahbaik amalan perlindungan data pengguna.