Menyedari isu penipuan secara atas talian terus meningkat meskipun pelbagai usaha kesedaran dilaksanakan – Portal Anti-Penipiuan Kebangsaan (NFP) kini telah berjaya mengurangkan tempoh untuk menjejaki dana penipuan sebanyak 75% iaitu kepada tempoh 30 minit.
Tidak hanya itu, portal juga turut berjaya meningkatkan keupayaan membekukan dana terlibat sebanyak 28% diikuti mengenalpasti akaun keldai turut berlaku peningkatan sebanyak 14%.
Adanya pemerkasaan ini, Kementerian Kewangan (MOF) pada makluman ketika sidang Dewan Rakyat melihat usaha itu dapat membantu operasi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) untuk meluaskan lagi kecekapan mereka dalam pengurusan laporan penipuan, mengesahkan dan menjejaki dana yang dicuri.
Langkah itu turut dapat memberi perkongsian amaran awal bersama pemain institusi kewangan untuk memberi tindakan penguatkuasaan yang lebih pantas bagi melindungi pengguna kewangan mereka.
Secara menyeluruh, diharap semua masyarakat negara untuk terus peka akan isu penipuan kewangan yang berlaku ketika ini. Sekiranya situasi ini berlaku ke atas individu mahupun orang sekeliling diharap semua pihak menghubungi NSRC di talian 997 – untuk membolehkan langkah lanjut dilaksanakan oleh institusi kewangan negara.