Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menjadi penanda aras kepada paras inflasi utama di Malaysia – kini memperlihatkan tahap tekanan kos di negara kembali mereda apabila untuk rekod September 2024, prestasi inflasi kini meningkat dengan lebih perlahan kepada paras 1.8%, berbanding Ogos 2024 sekitar 1.9%.
Penurunan ini menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) didorong hasil peningkatan kos yang lebih perlahan dicatatkan pada Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (3.1%). Ini diikuti oleh Pengangkutan (1.1%) diikuti inflasi Rekreasi, Sukan & Kebudayaan (2.1%) pula meningkat lebih tinggi pada September 2024. Ini disebabkan oleh peningkatan inflasi subkumpulan utama Perkhidmatan rekreasi pada 4.0%.
Sementara itu, Restoran & Perkhidmatan Penginapan (3.2%), Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (3.1%), Makanan & Minuman (1.6%), Kesihatan (1.6%), Pendidikan (1.5%) dan Insurans & Perkhidmatan Kewangan (0.5%) meningkat pada kadar yang sama seperti bulan sebelumnya.
Disusuli inflasi Makanan & Minuman pula meningkat 1.6% dan Makanan di rumah meningkat 0.4%.
Manakala mengikut taburan negeri pula, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8%. Namun inflasi bagi empat negeri didapati meningkat melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang (3.1%), Pahang (2.7%), Sarawak (2.3%) dan Selangor (2.3%).
