Artikel

Capital A Tamatkan Perjanjian Bersama Aetherium – Libatkan Suntikan SPAC Bernilai RM5 Bilion

Capital A kini membatalkan hasrat operasi untuk laksana kesepakatan antarabangsa bersama Aetherium Acquisition Corp – bagi menyuntik perniagaan pengurusan jenama AirAsia ke dalam syarikat pemerolehan tujuan khas (SPAC) yang tersenarai di Nasdaq.

Langkah itu secara langsung membatalkan suntikan gabungan perniagaan melibatkan AirAsia pada nilai sekitar $1.15 bilion. Namun keputusan tersebut mengikut notis rasmi Capital A dibuat setelah Aetherium menerima Penentuan Penyahsenaraian daripada Nasdaq pada Jun 2024 lalu. 

Tidak hanya itu Kumpulan juga ketika ini dalam tumpuan melengkapkan penyusunan semula operasi dan dalam sasaran untuk keluar daripada status PN17. Setelah itu, difahamkan tumpuan akan diberi pada langkah menyenaraikan semua perniagaan Capital A secara individu.