Selain memberi kemudahan kepada sektor ekonomi, penerapan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dilihat turut membantu perundangan negara – apabila akses ini juga membantu mengurangkan amalan rasuah di Malaysia.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman, sokongan AI pada penggunaan sistem berkomputer dalam perundangan negara dilihat telah meluaskan aspek ketelusan. Di mana ketiadaan individu dibelakang tabir dalam membuat keputusan secara langsung akan membantu institusi perundangan negara mengurangkan unsur budi bicara.
Ini kerana sebilangan tindakan melibatkan unsur budi bicara tanpa sedar telah membawa galakkan kepada amalan rasuah di negara. Maka keperluan mengurangkan tindakan itu amatlah penting diperingkat semakan amalan rasuah.
Bersama peranan teknologi baharu, pentadbiran menjangkakan reformasi institusi dan perundangan negara dapat meraih perubahan yang lebih baik di masa hadapan – malah tuntutan ini seiring dengan keperluan peredaran semasa.