Artikel

Aturan Gabung SME Bank, Exim Bank Dan Bank Pembangunan Malaysia – Masih Dalam Proses

Sebagaimana yang dicapai pada bajet 2024 lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini memaklumkan agenda mengabungkan Bank Pembangunan Malaysia, SME Bank dan Exim Bank ketika ini masih diteliti dan sedang dalam proses.

Di mana jelasnya pada sidang Dewan Rakyat – antara syarat yang digariskan Bank Negara Malaysia (BNM) adalah kekal memberi tumpuan ke atas perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan pembiayaan Bumiputera. Kedua aspek ini akan menjadi ukuran akan dasar penggabungan tersebut.

Sekiranya gabungan ini berjaya dicapai ia sekaligus tidak sekadar menstrukturkan kembali institusi kewangan pembangunan namun turut akan memacu hasil negara, disusuli perlindungan sosial, tatakelola syarikat serta pengurusan hutang negara.