Perlis, Kelantan dan Sabah kini diperhatikan menjadi antara negeri yang berdepan kesukaran dalam memenuhi tuntutan Belanjawan 2025 – iaitu menaikkan paras gaji minimum kepada RM1,700.
Situasi ini menurut laporan Utusan bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian – negeri sedemikian memiliki saiz pasaran ekonomi yang lebih kecil disusuli tahap kos sara hidup yang lebih rendah. Tambahan untuk di Sabah terdapatnya isu permasalah kos bahan mentah yang lebih tinggi.
Malah jika dilihat kepada status gaji penengah bulanan dalam sektor formal pada 3 negeri tersebut setakat Mac 2024 – didapati kekal rendah berbanding negeri yang lain. Iaitu Kelantan (RM1,645), Perlis (RM1,682) dan Sabah (RM1,882).
Tidak hanya itu, turut difahamkan rata-rata pekerja di kawasan bandar dan berstatus lepasan universiti adalah ideal dengan gaji permulaan RM2,000 sehingga lebih RM3,000. Namun aturan itu berbeza dengan kawasan luar bandar – yang memperlihatkan penetapan paras gaji lebih rendah.
Melihat pada tekanan itu dijangka aturan ini akan mengambil sedikit waktu akan pelaksanannya secara menyeluruh, meskipun negara telah menetapkan penguatkuasaan paras gaji minimum RM1,700 mulai 1 Februari 2025 kelak.