Artikel

KWSP Kaji Benarkan Pencarum Pindahkan Sebahagian Simpanan Kepada Akaun KWSP Ahli Keluarga

Sebagaimana yang digariskan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang Belanjawan 2025 lalu – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memaklumkan pihaknya sedang menilai semula skim persaraan mereka, bagi membenarkan pencarum laksana sebahagian simpanan kepada ahli keluarga mereka.

Usaha ini selari dengan matlamat negara akan persediaan Malaysia ke arah status negara menua. Menerusi perkongsian dana persaraan tersebut, ia akan meningkatkan lagi kuasa tunai kumpulan ahli keluarga pencarum untuk suatu tempoh.

Tidak hanya itu, usaha ini turut memberikan lebih fleksibiliti kepada pencarum dalam merancang persaraan mereka dan kesejahteraan kewangan bersama keluarga mereka.