Bertepatan dengan kemajuan yang diperlihat pada prestasi pelaburan di Malaysia – pentadbiran tidak lama lagi akan mengumumkan perincian berhubung Kerangka Insentif Pelaburan Baharu (KIPB). Yang dijangka akan dilaksanakan seawal suku pertama tahun hadapan, 2025.
Setakat ini pelarasan tindakan awal kerangka telahpun dijalankan dan dimaklumkan akan dibentangkan pada Majlis Pelaburan Negara pada Disember kelak.
Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) keperluan kerangka ini adalah untuk memastikan setiap pelaburan yang memasuki pasaran negara haruslah memberi nilai-tambah dan manfaatkan kepada syarikat tempatan dan kumpulan pekerja negara.

Tidak hanya itu, beberapa pendekatan dan insentif dalam kerangka ini perlu diteliti kembali seiring dengan gagasan negara yang bakal melaksanakan Cukai Minimum Global sebanyak 15% menjelang 2025.
Untuk makluman firma besar yang menjana hasil keuntungan tinggi dan miliki pendapatan global sekurangnya berjumlah 750 juta euro perlu melunaskan tanggungjawab cukai tersebut. Usaha ini sekaligus memberi penegasan kepada firma terlibat untuk melunaskan pernaan cukai mereka di setiap negara yang firma mereka beroperasi.
Aturan sedemikian turut membantu Malaysia mengelakkan berlakunya ketirisan dalam proses kutipan cukai negara secara berperingkat.