Pertumbuhan ekonomi Malaysia dilihat akan terus memaparkan prestasi yang membrangsangkan pada suku ketiga 2024 – ini berikutan anggaran awalan Keluaran Dalam Negari Kasar (KDNK) kini disasarkan berkembang sekitar 5.3% dengan nilai RM419.1 bilion. Peratusan ini untuk makluman jelas memaparkan peningkatan ketara pada suku sebelumnya dan lebih tinggi berbanding suku ketiga 2023 dengan 3.3%.
Pengamatan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini antaranya berpotensi dipacu hasil prestasi yang baik dalam sektor perkhidmatan sekitar 5.1%, disusuli Pembuatan 5.7%, Pertanian 4.0%, Pengkuarian pula menurun 3.4% dan Pembinaan pula 19.5%.
Sekiranya pencapaian berjaya direalisasikan, ini akan memperlihatkan secara menyeluruh prestasi ekonomi negara bagi 9 bulan pertama mencapai peningkatan 5.1% berbanding 3.8% pada tempoh yang sama pada tahun 2023.
Anggaran KDNK Awalan merujuk kepada data dua bertama dalam sesebuah data sukuan (3 bulun). Anggaran ini akan dijadikan petunjuk awal pertumbuhan KDNK negara pada tempoh suku tahun tersebut.