Pada 18 Oktober lalu, Malaysia telah menyaksikan berlangsungnya pembentangan Belanjawan 2025 yang dijalankan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan (MOF) negara. Pengumuman bajet tahun hadapan, terus memperlihatkan peruntukan tertinggi berbanding tahun ini. Di mana sejumlah RM421 bilion peruntukan 2025 telah ditetapkan negara.
Jumlah yang tinggi ini untuk makluman meliputi bajet Perbelanjaan Mengurus dengan RM335 bilion, diikuti Pembangunan sebanyak RM86 bilion. Melihat pada peruntukan tersebut, ini antara intipati yang diumumkan pada bajet negara kali ini:
Prestasi Ekonomi
- Pertumbuhan ekonomi Malaysia setakat suku kedua 2024 telah mencapai 5.9%, terus meningkat berbanding 3 bulan pertama 2024 dengan 4.2%
- Kadar Pengangguran pula menurun 3.2% – menjadikan ia kadar terendah sejak Januari 2020
- Tahap Inflasi negara kembali menurun kepada 1.9% pada Ogos lalu – setelah 3 bulan berturutan paras inflasi ditakuk 2%
- Separuh pertama 2024 (6 bulan) Malaysia merekodkan sejumlah RM160 bilion pelaburan telah diluluskan – angka ini melonjak berbanding tempoh yang sama pada 2023 dengan RM135.6 bilion
- Ringgit menjadi antara mata wang yang miliki prestasi terbaik di pasaran global. Dengan mengukuh peningkatan 14.4% pada suku ketiga 2024 – menjadikan ia pencapaian terbaik sejak tahun 1973
- Pasaran Ekuiti Domestiki mencapai angka tertinggi, lepasi RM2 trilion selain Indeks Bursa FBM KLCI kembali lepasi 1,600 mata
- Malaysia terus kekalkan gred kredit pada A3, A- dan BBB+ bersama tinjauan ekonomi stabil oleh agensi penarafan kredit antarabangsa
- Taraf Pasaran Saham Malaysia juga terus memulih dengan perolehan taraf neutral dan wajaran tinggi oleh sebilangan firma ekonomi global – JP Morgan, HSBC, Goldman Sachs dan Nomura
Cukai
- Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) diperluaskan pada 1 Mei 2025 – di mana Cukai Jualan akan dikenakan ke atas barang premium yang diimport seperti ikan salmon, avokado
- Cukai Perkhidmatan pula akan diperluas meliputi khidmat komersial – perniagaan kewangan yang berasaskan fi
- Cukai Dividen – berkadar 2% akan dikenakan kepada individu yang miliki pendapatan dividen lebihi RM100,000 mulai tahun 2025. Aturan ini tidak melibatkan dividen KWSP, akaun pelaburan bawah PNB atau pendapatan dividen luar negara
- Cukai Minuman Bergula dinaikkan pada kadar 40 sen seliter – mulai 1 Januari 2025
Pelepasan Cukai
- Pelepasan cukai ke atas individu – bagi bayaran premium insurans pendidikan dan perubatan dinaikkan kepada RM4,000 berbanding RM3,000 tahun ini
- Pelepasan cukai pendapatan buat individu pasangan atau anak – bagi yang berbelanja untuk rawatan perubatan kini dinaikkan kepada RM10,000 berbanding RM8,000
- Pelepasan cukai buat pencarum SSPN kini dilanjutkan sehingga 2027
- Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM7,000 diberikan bagi pemilikan rumah pertama – Untuk kediaman bernilai sehingga RM500,000 perolehi pelepasan sehingga RM7,000 dan kediaman bernilai lebih RM500,000 perolehi pelepasan sehingga RM5,000
- Individu beli mesin kompos sisa makanan domestik di rumah -boleh raih pelepasan sehingga RM2,500
- Had pelepasan cukai bagi isi rumah berbelanja rawatan dan pemulihan anak autisme dinaikkan kepada RM6,000
Tambah-Baik Kos & Pendapatan Rakyat
- Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dinaikkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion
- Peruntukan tunai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dinaikkan kepada RM2.9 bilion
- Sejumlah RM250 juta akan diberi – pacu penyertaan rakyat miskin tegar dalam program IPR – Insiaitif Pendapatan Rakyat
- Kadar Gaji Minimum akan dinaikkan kepada RM1,700 – berbanding RM1,500
- Garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor akan diterbitkan
- Subsidi bersasar RON95 akan dilaksanakan pertengahan 2025
- Subsidi pendidikan akan dikurangkan ke atas 15% golongan pendapatan teratas (T15) – meliputi sekolah khas dan IPTA
- Masyarakat Orang Aslu terima peruntukan hampir RM380 juta – naik taraf kehidupan dan usaha pembangunan semula ladang Orang Asli
KWSP
- Mulai 1 Januari 2025 lebih 330,000 pencarum di bawah i-Saraan akan nikmati peningkatan insentif padanan daripada 15% kepada 20% – dengan perolehan maksimum RM500 setahun
- Kadar insentif i-Suri sebanyak 50% daripada jumlah caruman tahunan akan dilanjutkan pada 2025
- KWSP sedang teliti benarkan pencarum pindah sebahagian simpanan mereka kepada akuan KWSP ahli keluarga
- Semua Pekerja Bukan Warganegara Wajib Carum KWSP
PMKS, Penjaja Kecil
- Sejumlah RM40 bilion diperuntukkan untuk PMKS – bagi kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan perniagaan di bawah agensi kerajaan
- Mulai 1 Januari 2025 – had amaun pinjaman Skim Pembiayaan Mikro untuk tujuan pengecualian duti setem dinaikkan kepada RM100,000
- 100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman antara PMKS dan Pelabur menerusi platform Initial Exchange Offering (IEO)
- RM100 juta disediakan untuk tambahbaik infrastruktur warung, gerai dan pasar kalangan penjaja dan peniaga kecil
- RM800 juta pembiayaan disediakan untuk usahawan Bumiputera – di bawah MARA dan PUNB
- RM1.3 bilion peruntukan untuk kontraktor G1-G4 khususnya buat Bumiputera – bagi memberi peluang laksana projek kecil dan sederhana
Majikan
- Majikan yang menggaji wanita – untuk kembali bekerja semula akan raih 50% potongan cukai
- Majikan yang beri kemudahan cuti penjagaan berbayar sehingga 12 bulan bagi tujuan jaga anak atau ahli keluarga yang sakit – akan raih 50% potongan cukai
- Majikan laksana aturan kerja fleksibel – akan raih 50% potongan cukai bagi tindakan perbelanjaan kos pembangunan dan perisian yang ditanggung
Penyelidikan, Digital & EV
- Pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) akan diperluaskan kepada semua Universiti Penyelidikan – dengan peruntukan RM50 juta
- Dana R&D dinaikkan kepada RM600 juta
- Peruntukan TVET dinaiikan kepada RM7.5 bilion pada pasaran negara
- Bagi galakkan peralihan kepada kereta elektrik (EV) – Perodua rancang mengeluarkan EV berharga bawah RM100,000 kepada rakyat Malaysia
- Lanjutan penggunaan Motosikal Elektrik CKD dilanjutkan dengan peruntukan RM10 juta – bagi tuntutan rebat sehingga RM2,400
- Prasarana sedia 250 bas elektrik
Pendidikan
- Kementerian Pendidikan (KPM) terima peruntukan tertinggi dengan RM64.1 bilion
- RM2 bilion untuk usaha naik-tarah dan penyelenggaraan sekolah di seluruh Malaysia
- 44 buah sekolah baharu akan mula dibina pada tahun 2025
- RM100 juta untuk perluasan capaian internet di sekolah desa dan pendalaman
- RM5.3 bilion peruntukan untuk bantuan pendidikan akan tersedia – meliputi 17 jenis bantuan seperti RMT, Bantuan Awal Persekolahan
- Elaun Murid Berkeperluan Khas sebanyak RM150 sebulan akandisediakan kepada lebih 110 murid OKU
- Kementerian Pendidikan Tinggi terima RM18 bilion peruntukan
- RM4 bilion untuk bantuan biasiswa, pinjaman dan elaun pendidikan
- GLIC, GLC akan beri 50% biasiswa khusus buat keluarga B40, M40
- PTPTN sedia dana khusus RM500 juta kepada pelajar yang ikuti bidang STEM di IPTA
- Universiti Awam (UA) akan raih peruntukan RM635 juta – tambahbaik prasarana dan capaian internet
- UITM terima tambahan RM20 juta – hasilkan lebih ramai graduan Jurutera E&E dan tingkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang semikonduktor selaku sektor berpertumbuhan tinggi
- Tambang Percuma kepada semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi yang gunakan khidmat BAS.MY
- IPTS dicadang terima 100% potongan cukai ke atas kos pembangunan kursus baharu – melibatkan bidang digital dan TVET
Kesihatan
- Kementerian Kesihatan (KKM) teruma peruntukan RM45.3 bilion – jadi kementerian kedua tertinggi perolehan dana bajet
- RM1.35 bilion untuk selenggara infrastruktur kesihatan
- RM300 juta peruntukan untuk naiktaraf klinik daif di seluruh negara
- RM27 juta untuk tingkatkan lagi aktiviti sukan dan riada rakyat termasuk anjuran Hari Sukan Negara
- Pilihan Khidmat Kesihatan Berbayar pada kadar berpatutan akan diperkenalkan – peringkat awal libatkan 5 hospital KKM
- Tabung Penyakit Jarang Jumpa ditubuhkan
Pelancongan
- RM550 juta disediakan untuk persiapan negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026
- RM110 juta untuk lengkapkan kawasan pelancongan dan penuhi kriteria pada percalonan UNESCO
- Khazanah sedia RM600 juta untuk bantu pelihara KL selaku bandar raya budaya dan kreatif
- Seluruh Kementerian dan Jabatan disarankan menyokong penggiat kraf tangan dalam kalangan penggiat tempatan