Artikel

Pengkelasan Kategori T15, Kini Sedang Diperhalusi

Sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, pada sidang pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat lalu – kerajaan kini dalam aturan perhalusi kategori T15, iaitu golongan kaya berpendapatan 15% teratas di Malaysia.

Usaha ini seiring dengan agenda negara untuk memastikan penyasaran subsidi yang akan dilaksanakan pada pertengahan 2025 kelak – dijalankan dengan saksama.

Jelas Kementerian Ekonomi pada acara Hari Statistik DOSM hari ini, perincian kategori kumpulan ini tidak hanya diukur berpandukan pendapatan isi rumah semata namun akan mengambilkira perbelanjaan asas isi rumah serta bergantung kepada kaedah pengukuhan yang akan diperincikan kelak.

Langkah ini secara langsung akan memudahkan pentadbiran untuk meluaskan lagi akses bantuan kepada pihak yang lebih layak. Antaranya seperti subsidi pendidikan yang dimaklumkan akan dikurangkan ke atas golongan ini – bagi memanfaatkan dana tersebut pada fasiliti awam yang lain.